Persediaan Yang Perlu Dibuat Sebelum Melalui Rawatan IVF Di Malaysia

Pada masa kini, lebih pasangan telah mengalami masalah kemandulan dan kadar masalah ketidaksuburan di Malaysia semakin hari semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, pelbagai teknologi rawatan kesuburan telah diperkenalkan di Pusat Rawatan IVFKU untuk meningkatkan kadar kehamilan di Malaysia. Antara rawatan kesuburan adalah rawatan IVF yang amat masyhur di Malaysia.

Ada pelbagai selebriti Malaysia yang juga melalui pengalaman IVF dan telah berjaya melahirkan cahaya mata. Antara selebriti yang mengalami proses IVF yang berjaya merangkumi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Siti Elizad.

ivf malaysia

Fahami Prosedur Rawatan IVF

Ramai bakal ibu berasa amat resah ketika menjalani prosedur IVF. Hal ini kerana mereka tidak tahu apa itu IVF dan juga tidak faham dengan jelas tentang langkah-langkah yang diambil oleh doktor bagi melakukan rawatan IVF tersebut. 

Oleh itu, ia sangat penting untuk bertanya soalan kepada doktor mengenai prosedur IVF. Doktor di klinik rawatan kesuburan juga tidak enggan dan akan menerangkan prosedur IVF kepada anda dengan senang hati.

rawatan kesuburan

Proses ini dapat meningkatkan tahap keyakinan anda dan mempengaruhi tahap keselasaan anda semasa menjalani rawatan kesuburan tersebut. Doktor juga akan memberi beberapa tips IVF yang dapat meningkatkan kadar kehamilan.

Langkah Rawatan IVF

Secara asasnya, terdapat lima langkah penting yang terlibat dalam rawatan IVF tersebut. Senang cerita, ovari akan dikeluarkan daripada pasangan wanita manakala sperma akan dikeluarkan daripada pasangan lelaki. Proses IVF berjaya juga merangkumi:

  • Rangsangan dan Pemantauan

Proses IVF melibatkan penggunaan lebih daripada satu ovari wanita untuk disenyawakan dengan sperma lelaki. Tindakan ini dapat meningkatkan kadar kehamilan. Ubat kesuburan akan diberikan kepada wanita bagi merangsang badan untuk menghasilkan ovari yang banyak.

Badan wanita akan dipantau dengan menggunakan mesin ultrasound serta ujian darah. Tindakan ini untuk mengetahui masa yang sesuai untuk mengambil telur daripada badan wanita.

  • Prosedur Pengeluaran Telur

Prosedur pengeluaran telur juga dikenali sebagai aspirasi folikel. Proses ini melibatkan pembedahan kecil dengan penggunaan ubat bius. Doktor akan menggunakan jarum untuk mendapatakan telur daripada badan wanita. Mesin ultrasound juga akan diggunakan untuk membantu doktor dalam proses pengeluaran telur tersebut.

  • Persenyawaan

Setelah kedua-dua telur dan sperma berjaya diekstrak, telur akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Proses persenyawaan akan menghasilkan embrio. Jika embrio tidak dapat dihasilkan, doktor akan menggunakan kaedah lain iaitu kaedah suntikan sperma atau dikenakan sebagai “intracytoplasmic sperm injection”. Kaedah ini boleh dilakukan untuk membaja telur untuk menjadi embrio.

ivf proses
  • Penghasilan Embrio

Doktor akan memantau proses ini dengan teliti untuk memastikan telur berjaya berkembang menjadi embrio. Embrio juga akan diuji oleh doktor untuk mencari sebarang masalah genetik dan cuba selesaikan masalah tersebut.

  • Proses Implantansi

Setelah embrio sudah berkembang sehingga cukup besar, embrio tersebut akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu. Proses in akan mengambil masa di antara enam hingga sepuluh hari. Wanita akan berjaya hamil hanya jika embrio tersebut telah melekat pada dinding rahim ibu.

Persiapkan Mental Anda Sebelum Jalani Rawatan Kesuburan IVF

Kesihatan mental anda juga amat penting untuk memastikan rawatan kesuburan IVF yang berjaya. Keputusan yang pasangan harapkan perlu selari dengan keadaan kesihatan mereka juga.

Perkara yang perlu pasangan suami isteri untuk sedar adalah rawatan IVF tidak akan selalunya berkesan. Rawatan IVF mempunyai kadar keberkesanan yang amat tinggi namun juga terdapat pasangan yang perlu melalui lebih daripada satu kitaran sebelum disahkan hamil.

Pasangan juga dinasihatkan untuk membincang mengenai berapa banyak yang mereka sanggup belanjakan untuk rawatan kesuburan tersebut. Harga IVF di Malaysia tidak semurah seperti yang ditafsirkan. Pasangan mungkin perlulah sediakan wang anggaran yang besar untuk keadaan kecemasan.

Harga rawatan IVF juga berbeza bergantung pada hospital atau klinik rawatan kesuburan yang pasangan melakukan rawatan IVF tersebut.